Kata Mutiara Cinta mungkin ini yang cocok untuk judul update artikel kali ini, lucu juga
daritadi saya kebinggungan untuk mencari judul yang cocok untuk update
tambahan artikel blog seputar kata-kata cinta. Tapi mudah-mudahan saja
artikel ini bisa memberi manfaat yang baik untuk semuanya. Kalau anda
masih kurang puas dengan artikel kali ini bisa anda baca kata kata gombal atau kata kata cinta
.
Sesungguhnya percintaan itu amat mudah,
namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya.
Cinta
tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi
tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ
ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk
berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata
untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada
kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk
kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Melihat
kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga
walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.
Terputus cinta memang menyedihkan.
Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau
bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu
seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.
Ada
2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air
mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki
tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,”
Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia
mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut
bahagia untukmu.
Jika
kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak
berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat
tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih
merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu
masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan
cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi
jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi
apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah
menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang
cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih
percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan
simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi
ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan
melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan
diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya
kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi
menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan
semangat -Hamka
Cinta
dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan
kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya
kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti
menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut
tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah
ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan
bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu
tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu
hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat
menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan
kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan
perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan
mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah
misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan
airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan
ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian
diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk
saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya
terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang
yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat
itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Terputus
cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh
jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian,
anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti
akan reda jua.
Jangan kerana cinta, kita gugur dari
perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.
Cinta
tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak
semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.
Kesetiaan akan mengikat cinta,
kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan
menjadi indah jika cinta terus bersama.
Cinta
sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti
bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai,
kerana sungai mengalir selamanya.
Cintailah
seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus
hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu
.Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap
berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu – Raja
Pedang Deir
Hati-hati
dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang
gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja
menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit
tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik
perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang
yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.
Tak
usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak
usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah
menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Minat bukan bermaksud cinta, bangga
bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak
serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah
cinta.
Berkemungkinan
apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan
berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta
kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan
seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor
ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam
semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan
kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta
adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Siapapun pandai menghayati cinta tapi
tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat
oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan
perasaan.
Cinta
mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah
dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang
yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran
yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang
kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta
itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis
embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang
berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh
kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain
perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan
tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain
perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya
sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,
manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati
segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Cinta
dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan
jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.
Cinta umpama bunga di taman yang sedang
mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan
seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah
cinta yang sejati.
Kamu
tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa
tanda tanya dihatinya.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi
kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi
kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Cinta
bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta
adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak
berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta
memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta itu membuatkan kamu gembira
walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang
yang bertuah.
Cinta
ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh
berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta
sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta
juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi
membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta
sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi
dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga
bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah
cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya
cinta itu akan hadir.
Di suatu hari kau datang dan bertanya
padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku
lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau
sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku
dalam hidup ini.
Cinta
seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan
pergi bila ia menghampiri
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta
kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah
cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi
sepanjang musim.
Kecewa
bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan
pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik
dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan
itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk
menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai
seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Ada
cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan
anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna
dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk
yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak
mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru,
cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia
jiwa.
Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak
semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua
mampu mengecapi bahagia.
Keikhlasan
bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam
bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan
padanya.
Cinta itu apabila kamu bertemu dan
membuat pilihan yang tepat
Ketika
sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak
akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki.
Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi
hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan
sesuatu yang lebih berharga.
Cinta laki-laki seumpama gunung, ia
besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan
lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku,
ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus
bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.
Manusia
tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia
tumbuh dan besar dalam cinta
Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan
agung : “Memaafkan”.
Cinta
kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah
kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa
garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau
sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya
cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
“Aku
mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?
Andai di dunia ini tidak ada cinta,
maka hidup akan serasa gersang, hampa dan tidak ada dinamika. Cinta mampu
membuat sesuatu yang berat menjadi ringan, yang sulit menjadi sederhana,
permusuhan menjadi perdamaian dan yang jauh menjadi dekat. Itulah gambaran
kekuatan cinta.
Mencintai
tanpa memiliki itu ibarat orang Ethiopia yang kelaparan. Mencinati penuh dengan
ketulusan adalah keharusan. Cinta adalah cinta.
Cinta itu anugerah. Hargailah setiap
anugerah yang diberi kerana tak semua yang diberi akan dapat
berulang-ulangkali.
Berilah
cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Jika
kita sungguh-sungguh menginginkan cinta, maka cintalah pada akhirnya yang
justeru menunggu kita. – Oscar Wilde
Cinta memang sulit difahami kerana
cinta punya sejuta warna sehingga akan sulit untuk melukisnya
CINTA
! Sekelip mata saja kamu boleh jatuh cinta. Malah dalam sekelip mata juga
hatimu boleh berubah. Cinta menjadi benci, rindu menjadi dendam.
Cinta sering dikatakan ‘buta’ tetapi
jangan dijadikan alasan sehingga matahati tidak dapat menilai harga sebuah
cinta.
Tidak
ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis
Sesuatu percintaan yang terjalin di
antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa
membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah
orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi
orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang
kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau
kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang secara
terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana
cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
Usah
diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan
ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan
kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah
kau terfikir kebesaranNya itu?
Cinta itu adalah api yang dingin.
Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.
Jika
kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. “Cinta adalah
kasih sayang yang melimpah”. Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang,
sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang
sama dengan cinta.
Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan
madulah dengan kejayaan.
Cinta
adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui
untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah
rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama
kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan
bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Janganlah
mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan
kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.
Jangan pernah bermimpi tentang cinta
tanpa mampu memperjuangkannya.
Memberikan
seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu.
Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di
hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak
yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap
sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan
hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Cinta
ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan
tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi
dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Usah
gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan
kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak
semestinya kekal abadi.
Pergaulan dan cinta di antara lelaki
dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila
tersentuh maka maraklah ia.
Cinta
adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya
Untuk menyelami cinta dan cita-cita,
anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati
erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta,
kenallah dahulu cita-cita.
Cinta
yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan
penghinaan.
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa,
ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.
Andaikata
dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya,
ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah,
bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal
dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )
Jika
seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi
atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah
kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
Cinta itu seperti sinar matahari,
memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH
siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN
DI HATI..
Cinta
adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan
di lupakan , jangan biarkan ia hilang.
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir
dengan permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia
tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan
dan kesetiaan
Cinta
tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin
berakhir dengan perit sekali.
Cinta tidak semestinya membawa
kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada
kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima
huluran cinta dari seseorang itu.
Cinta
tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu
menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud
bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.
Cinta itu satu siksaan jika tiada
kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian… gelisah memikirkan
sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa
jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian
dan kehendak kita menjadi milik kita.
Cinta
tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak
semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala
-galanya.
Untuk bercinta kita mesti berani.
Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah
menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.
Ingat
disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan
kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti
layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta
lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar
untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang
menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk
merinduinya.
Andai
kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu
bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana
ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan
oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring
itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin
kuat dua hati itu ingin bertemu.
Cinta
yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir
dengan air mata.
Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP
jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah,
jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung
GEMENTAR
Hal
paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya
jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya
Jangan pernah membicarakan perasaan
yang tidak pernah ada. Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu
akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu
lakukan hanya berbohong.
Ada
cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan
anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna
dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk
yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak
mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta
dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang
sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas
kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut
terbang.
Bukan
dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki
sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan
kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang
pentingnya dari anda.
Jangan sesekali mengkhianati perasaan
hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain.
Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu
segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi
dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.
Hanya
ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua
pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat
kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa-
Innayan Khan
Manusia merasa kesepian dari cinta
kerana mereka kerap hanya membangun dinding,
bukannya jambatan kasih sayang.
Mereka
yang cintanya selalu dibalas,kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar..~
Khan ~
Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan
peribadi akan berubah menjadi putus asa.
Dalam
percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan
kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kamu tidak akan mati kerana cinta,
tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu
Kahwinilah
orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak
menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri
daripada mengubah pendirian orang lain.
Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan
bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu
cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
Cinta
yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian
semata-mata.
Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan
sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia di kandung badan
.Selagi jiwa merantai hati.
Bibir
tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.
Cinta membuatkan orang bersemangat
untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta
adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita
merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.
Cinta
adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan
ubat penawarnya.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu
umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus
dilupakan.
Pabila
cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di
mana pun.
Cinta yang tak berbalas itu bagaikan
layang-layang putus talinya.
Kata
pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas
sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita
sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.
Mencintai itu umpama bermain piano.
Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan
main ikut hati.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Cinta
menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas
Hidup kalau tak memakai cinta tak
ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir
Kamu
tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda
bertangguh.
Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh
dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
Cinta
menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan
kematian
Tiada kasih yang lebih manis daripada
kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta
Cinta
monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta
materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan
cita-cita yang luhur dan abadi.
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan
ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.
Seseorang
yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat
kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di
atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang
lain.
Hanya hati yang dapat menilai erti
Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana
ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.
Cinta
akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci
itu.
Seorang wanita akan memandang rendah
terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki
itu yang diharapkannya.~ Elizabeth Stoddard ~
Lelaki
itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya
-Pepatah Denmark
Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun
Cinta
tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
Kehidupan ini seumpama bunga, maka
cinta adalah madunya -Hamka
Manusia
yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico
Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak
berbunga -Pepatah Inggeris
Cinta
tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya
Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak
melihat -Pepatah Jerman
Barangsiapa
yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi
-Pujangga Barat
Orang yang menulis surat cinta itu
kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah
Belanda
Keburukan
dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek
Cinta tidak mempunyai undang-undang
Cinta
pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi
Cinta lebih tua daripada alam ini
kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi
Cinta
ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim
Yang termanis daripada yang manis di
dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.
Perpisahan
dalam percintaan yang belum puas, menambahkan eratnya kasih sayang. Itulah
sebabnya matahari meninggalkan bumi pada malam hari.
0 komentar:
Posting Komentar
"Tolong jangan memberikan komentar yang menusuk di hati lalu tembus di jantung admin" :-)